Friday 30 November 2012

Kari ikan nyok-nyok



BAHAN-BAHAN :

  1. 1/2 ekor ikan nyok-nyok
  2. 1/2 sdb halia kisar
  3. 1/2 sdb bawang putih kisar
  4. 5 ulas bawang merah (hiris)
  5. 1 sdb cili kisar @ sedikit serbuk cili
  6. 2 sdb serbuk kari ikan
  7. 1 tangkai daun kari
  8. 1 sdt halba campur
  9. sedikit air asam jawa
  10. beberapa biji cili api hijau (belah 2)
  11. 1 biji tomato (potong 4)
  12. 10 biji bendi (potong 2)
  13. 1 paket santan kara
  14.  1 1/2 - 2 paket air
  15. garam dan gula secukup rasa
  16. minyak untuk menumis
CARA :

panaskan minyak di dalam periuk, tumis halba campur dan daun kari hingga wangi

masukkan bawang hiris, bahan kisar dan juga cili. Masak hingga garing

dan terbit minyak

masukkan serbuk kari @ boleh juga dijadikan pes

kacau rata, masukkan sedikit air dan masak hingga garing dan hilang bau rempah. Masukkan sedikit garam

masukkan air asam jawa

tomato yang telah dipotong

santan kotak dan juga air

masak hingga mendidih

masukkan ikan, bendi dan juga bahan perasa. Biarkan hingga gulai mendidih dan ikan elok masaknya

sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan sambal belacan

Thursday 29 November 2012

Sira pisang tanduk

BAHAN-BAHAN :

  1. 2 biji pisang tanduk (belah 2 dan potong serong)
  2. 2 helai daun pandan (siat)
  3. sedikit air dan pewarna kuning
  4. 1 senduk gula @ secukup rasa
  5. sedikit garam
  6. jika suka boleh letak beberapa kuntum cengkih
CARA :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan di atas api perlahan sehingga pisang empuk.
  2. Lebih enak jika disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Masak lemak cili api daging salai

BAHAN-BAHAN :

  1. 400 g daging lembu (disapu garam kunyit dan dipanggang sebentar)
  2. santan pekat dari sebiji kelapa
  3. 4 batang serai (ketuk)
  4. 1 inci kunyit hidup + segenggam cili api (dikisar)
  5. 1 helai daun kunyit @ 2 helai daun limau purut
  6. 1 mangkuk kecil belimbing buluh
  7. sedikit garam dan serbuk perasa
CARA :

  1. Hiris nipis daging panggang.
  2. Jerang semua bahan di atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Kacau selalu agar tidak pecah minyak
  4. Masukkan bahan perasa.
  5. Sedia dihidangkan.

Sup tauhu telur bersama cendawan telinga



BAHAN-BAHAN :
  1. 1 paket tauhu telur berbentuk silinder (potong bulat)
  2. 1/2 biji karot (potong bulat)
  3. 1 mangkuk kecil cendawan telinga segar
  4. sedikit bunga kobis
  5. 1 paket kecil bebola ikan
  6. sedikit daun sup dan daun bawang
  7. 4 ulas bawang putih (ketuk)
  8. 1/2 biji bawang besar (hiris)
  9. secukupnya air
  10. garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  11. minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan air, sayur-sayuran dan juga bebola ikan. Masak hingga mendidih.
  3. Tambahkan bahan perasa secukupnya
  4. Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

Cokodok sotong

BAHAN-BAHAN :

  1. 2 cawan tepung berserbuk penaik
  2. 1 biji telur
  3. secukupnya air suam
  4. sedikit garam dan serbuk pati ayam
  5. secukupnya sotong yang dihiris bulat
  6. minyak untuk menggoreng terendam
CARA :

  1. Campurkan tepung bersama garam, serbuk pati ayam dan air secukupnya. Pecahkan telur dan gaul rata.
  2. Masukkan sotong  dan perapkan adunan selama 20 minit.
  3. Goreng adunan sehingga garing. Enak dimakan bersama sos pilihan.

Tumis kobis dan tofu

BAHAN-BAHAN :

  1. 1/4 biji kobis (dihiris)
  2. 1/2 batang karot (hiris panjang)
  3. 10 ketul seafood tofu (belah 2)
  4. 1 biji cili merah (hiris)
  5. 4 ulas bawang putih (ketuk)
  6. sedikit serbuk pati ayam
  7. garam secukup rasa
  8. minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga garing.
  2. Masukkan tauhu dan bahan2 lain. Kacau hingga kobis layu dan sebatikan rasanya.
  3. Sedia dihidangkan.

Tuesday 27 November 2012

Jantung pisang tumis udang


BAHAN-BAHAN :

  1. 1 biji jantung pisang (dihiris)
  2. 10 batang kacang buncis (potong serong)
  3. 1 mangkuk kecil udang
  4. 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  5. 1 biji cili merah (dihiris)
  6. sos tiram secukup rasa
  7. 1 sdb taucu 
  8. minyak untuk menumis
  9. sedikit gula jika perlu
  10. air dan sedikit cuka untuk merebus jantung pisang
CARA :
Rebus jantung pisang yang telah dihiris bersama air dan sedikit cuka

sehingga jantung pisang empuk. Toskan dan ramas

panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hingga garing

masukkan udang

tambahkan bahan lain dan juga taucu serta sos tiram. Kacau rata. Jangan masukkan garam kerana taucu sudah masin. Sebatikan rasanya

sedia dihidangkan

Monday 26 November 2012

Ikan rebus serai

BAHAN-BAHAN :

  1. 2 ekor ikan bawal cermin
  2. 5 batang serai (diketuk)
  3. 1/2 biji bawang besar (dimayang)
  4. air sama paras dengan ikan
  5. garam dan sedikit perasa
CARA :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan renih sehingga ikan masak.
  2. Enak dihidangkan bersama sambal belacan dan ulaman.