Monday 31 December 2012

Croissant telur






BAHAN-BAHAN :

  • 6 biji roti croissant (belah 2)
  • 3 biji telur
  • 2 tbsp santan kara
  • garam dan gula ikut citarasa
  • sedikit minyak untuk melengser kuali
CARA :

  1. Kocok telur bersama bahan lain sehingga kembang. Rendamkan sebelah bahagian roti ke dalam telur dan goreng di atas api perlahan sehingga roti garing.
  2. Enak dimakan bersama sos cili kegemaran.


Bubur lambuk


BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan beras
  • secukupnya air untuk merebus beras
  • 1 kotak santan kara
  • sedikit daging rebus (disiat)
  • sedikit pati ayam
  • 1 bungkus rempah sup tulang
  • 2 tsp serbuk kari daging indra
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan isi jagung
  • secekak daun sup dan daun bawang
CARA :

  1. Jerang beras bersama air dan sup bunjut sehingga beras hancur.
  2. Masukkan santan, serbuk kari dan bahan-bahan lain. Masak lagi hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa.
  3. Makcik kisar sikit bubur ni sebab nak kasi baby Izz.
  4. Sedia dihidangkan.



Krim Karamel

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji telur
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu segar
  • secukupnya gula + sedikit air + sedikit marjerin (hanguskan)
  • sedikit esen vanilla
CARA :

  1. Blender telur dan susu hingga bercampur rata. Masukkan esen vanilla. Kacau.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dituangkan dengan gula hangus.
  3. Masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus sehingga masak.
  4. Hidangkan sejuk....

Sunday 30 December 2012

Biasa-biasa je

 Resepi nasi pilaf ni dah pernah publish kat dapur lama (mari belajar memasak), kalau rasa nak try bolehlah rujuk kat sana ya sayang..
 Masak ni pun sebab meraikan anak saudara yang baru berkahwin. Suaminya, Firdaus xmakan pedas jadi senang la buat one pot dish je xpayah nak pelbagai.
 cantikkan kejadian ayam ni...kuning je...
buat jugak krim karamel sementara nak tunggu nasi masak. Resepinya menyusul nanti.

Masak lemak bayam dan ubi badak

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat sayur bayam
  • 1/2 kg santan
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • sedikit belacan (tumbuk)
  • beberapa ketul ubi badak yang telah direbus empuk
  • garam secukup rasa
CARA-CARA :

  1. Jerangkan santan, bahan tumbuk dan juga ubi di atas api sederhana. Kacau selalu agar tidak pecah minyak
  2. Setelah mendidih masukkan bayam yang telah dicuci bersih. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga sayur layu.
  3. Enak dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan juga ikan rebus goreng.




Daging masak kicap manis

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm daging (hiris nipis dan rebus empuk)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 tbsp halia kisar
  • 20 tangkai cili kering (buang biji, rebus dan kisar) 
  • 2 1/2 cawan air rebusan daging
  • 2 senduk kicap manis cap kipas udang
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat)
  • 2 biji kentang (hiris dan goreng)
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan giling hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan daging, air rebusan, kicap manis dan juga bawang hiris. Masak hingga menggelegak.
  2. Tambahkan kentang yang telah digoreng dan rasa kuahnya dahulu sebelum memasukkann garam. Jika suka boleh masukkan sedikit air asam jawa.
  3. Setelah agak sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas. 














Saturday 29 December 2012

Kerabu jantung pisang

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang (dihiris nipis, rebus bersama asam keping dan sedikit garam. Toskan dan perah kering)
  • 10 batang kacang botor (hiris nipis)
  • 2 tbsp sambal belacan
  • 1/2 cawan pati santan (didihkan sehingga naik wap supaya lambat basi)
  • 3 ekor ikan kembung (bakar tawar dan tumbuk isi)
  • 1/2 biji bawang besar (tumbuk)
  • garam dan gula secukup rasa
  • air asam limau dan sedikit cuka
CARA :

  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar dan gaul sehingga rata.
  2. Biarkan sekejap supaya rasanya sebati.
  3. Sedia dihidangkan bersama nasi atau diratah-ratah begitu sahaja.

Singgang tempoyak ikan kerisi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan kerisi bersaiz besar (potong 3)
  • 1/2 bijim bawang besar (kisar)
  • 10 tangkai cili kering (buang biji, rebus dan kisar)
  • 1 tbsp tempoyak
  • segenggam daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 asam keping
  • garam dan sedikit serbuk perasa
CARA :

  1. Jerangkan air bersama bahan kisar, tempoyak dan juga asam keping sehingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan bahan lain. Tunggu mendidih sekali lagi.
  3. Rasa asam garamnya. Jika suka boleh masukkan bendi @ timun tua sebagai pelengkapnya.
  4. Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Cokodok durian

BAHAN-BAHAN :

  • 7 ulas durian D24 (ambik isi)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 tsp yis kering
  • gula dan garam secukup rasa
  • air suam secukupnya
  • minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARA :

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau rata dan ketepikan selama setengah jam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cokodok sedikit demi sedikit hingga kekuningan.
  3. Enak dihidangkan untuk minum petang.

Biasa-biasa je

Makan nasik ngan ikan bakar tawar cicah budu..arghhhh sedak sengoti...kalau letak durian dlm budu tuu lagi jelira make nasik..nyumm..nyumm...

Biasa-biasa je

 Hari ni kita makan ala-ala orang kampung...jengx3 ubi badak rebus...lawan plak ngan air kopi pekat, bestnya. Kalau mcik laa kan suka cicah ubi ni ngan budu...mereng sekejap!!!

Friday 28 December 2012

Biasa-biasa je

Pengat durian...sedapnya cicah ngan roti gardenia @roti benggali ummph...nak buat pun senang cuma guna santan, durian, daun pandan, garam dan jugak gula....senangkann..kann...

Thursday 27 December 2012

Biasa-biasa je

 Masak bihun goreng kicap je...cuma letak bawang putih, bawang merah, udang kering, kicap manis dan kicap cair. Sayur semua xde stok....makan ngan hirisan telur dadar n cili potong..sedap jugakk...

Sotong sambal kicap


BAHAN-BAHAN :

  • 8 ekor sotong (buang dakwat)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 tsp serbuk belacan bakar
  • 2 tbsp cili kisar
  • kicap manis cap kipas udang secukup rasa
  • garam dan sedikit gula jika perlu
  • minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang merah (tumbuk)
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sedikit gula. Masak hingga terbit minyak.
  2. Setelah itu, tambahkan serbuk belacan dan sotong. Masak hingga sotong kecut.
  3. Masukkan bawang hiris, kicap manis dan juga garam. Jika suka boleh masukkan sedikit air asam jawa. Setelah rasanya agak sebati, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi hangat.



Biasa-biasa aje

 Puding nescafe ni mcik buat secara xsengaja. Yelah ada air nescafe tarik yang mcik buat 1 jug tapi terlebih pahit la plakk...xbaik membazirkan jadi mcik masak laa agar2. Cuma tambah susu cair ngan telur. Kalau 5 gm agar2 tali tu...cecairnya 1 cawan. Sedang elok laa puding tuu. Sedap bagi tekak RATU KAFEIN cam mcik nie..ha..ha...

Wednesday 26 December 2012

Dalca sihat




BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm daging lembu (hiris dan rebus sehingga empuk, simpan air rebusan)
  • 1 1/2 tbsp rempah gulai darat @ serbuk kari daging indra
  • 1 tin susu cair
  • 3 keping nenas tin (ptg 4)
  • 2 biji kentang (baji)
  • 1/2 batang lobak merah (potong jejari)
  • 1 biji terung (potong jejari)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • sedikit putik jagung (belah 2)
  • sedikit kacang peas
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 4 biji cili hijau (biarkan sebiji-sebiji)
  • 1 asam kerping
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
CARA :
panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan rempah gulai
dan masak hingga hilang bau rempah
tuangkan daging bersama air rebusannya sekali ke dalam periuk
tambahkan kentang dan masak hingga kentang empuk
dan kuah mendidih
masukkan lobak merah, terung dan juga putik jagung
jangan lupa masukkan asam keping, susu cair dan bahan perasa sekali. Masak hingga terbit minyak.
tambahkan nenas, tomato dan juga peas
masak sekejap dan sedia dihidangkan.

ini laa lauk sampingannya,keli goreng rangup dan pekasam ikan kembung.

Tuesday 25 December 2012

Biasa-biasa je

 mmmm ada ayam sticky lagi...
ni pulak sotong masak kicap, fillet ikan goreng tepung dan sup petola bersama tauhu jepun nyumm..nyumm..

Biasa-biasa je

Sedapnya makan nasi ngan asam pedas, kerabu mangga, celur jantung pisang dan yang paling penting....budu cicah durian. Walla....kenyang sampai ke malam.

Biasa-biasa aje

 Assalamualaikum anak-anak....hari ni nak tayang ayam phat phet. Resepinya xde sbb mcik guna rempah giling ready made beli ngan brader siam masa balik kg itu hari. Kalau nak jugak resepinya boleh la godek2 kat dapur lama mcik. Mcik cilok dari sini. Sedap ayam ni sbb makcik kena minum guna jug terus..telinga berapi deh!!!!

Monday 24 December 2012

Asam pedas Melaka (My Resipi)



BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan merah
  • *1 ulas bawang besar
  • *3 ulas bawang putih 
  • 200 gm cili kisar
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 biji tomato
  • *1 inci kunyit
  • *1 inci halia
  • *1 tsp jintan manis
  • *1 tsp jintan putih
  • *1/2 tsp lada hitam
  • 1 tsp halba campur
  • 4 helai daun limau purut
  • secekak daun kesum
  • 1 tbsp asam jawa
  • 3 gelas air
  • 1/2 tbsp serbuk pati ikan bilis
  • garam dan sedikit serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
BAHAN YANG BERTANDA *dikisar

CARA-CARA :

Panaskan minyak dan tumis halba campur hingga meletup-letup
masukkan bahan kisar dan serai 
kacau rata hingga wangi dan garing
masukkan cili kisar, masak lagi hingga hilang bau cili
tambahkan tomato yang telah dipotong 4
masukkan asam jawa yang diramas bersama air
tambahkan air dan masak hingga mendidih
masukkan ikan dan juga daun-daun
jangan lupa untuk memasukkan bahan perasa
masak hingga isi ikan lembut dan
sedia dihidangkan.