Google+ Followers

Thursday, 29 November 2012

Sup tauhu telur bersama cendawan telinga



BAHAN-BAHAN :
  1. 1 paket tauhu telur berbentuk silinder (potong bulat)
  2. 1/2 biji karot (potong bulat)
  3. 1 mangkuk kecil cendawan telinga segar
  4. sedikit bunga kobis
  5. 1 paket kecil bebola ikan
  6. sedikit daun sup dan daun bawang
  7. 4 ulas bawang putih (ketuk)
  8. 1/2 biji bawang besar (hiris)
  9. secukupnya air
  10. garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  11. minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan air, sayur-sayuran dan juga bebola ikan. Masak hingga mendidih.
  3. Tambahkan bahan perasa secukupnya
  4. Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

No comments:

Post a Comment