Tuesday 15 January 2013

Kek coklat lembap Ros

 SUMBER : Ros
Izinkan akak kongsi dan tepek resepi yang sedap ni kat sini pulak ye Ros. Makasih bebanyak.
Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com 
Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.


Anekdot : makcik pun sama jugak macam Ros, guna serbuk koko van houten. Makcik kukus selama 1 jam sahaja guna pengukus elektrik TRIO. Untuk topping tu makcik guna choc bar van houten yang ada dalam peti ais sbb takut expired...(budak2 kat umah ni makan dgn mata je hu..hu..)makcik letak susu kotak choc sikit n butter dalam 2 tbsp, kiranya topping tu macam dip laa..basah-basah...ai memang suka basah-basah....

yang ni untuk kasi neber...kat umah ni makan sikit saja...mak ngan bapak tengok je, anak2 laa makan dgn budak2 yang datang beli jajan. Tu yg suka masak tuu sbb depa selalu mintak tapau bawak balik hu...hu...

No comments:

Post a Comment