Google+ Followers

Thursday, 6 December 2012

Daging goreng basah-basah

BAHAN-BAHAN :

  • 400 g daging lembu (dihiris nipis)
  • 1 tbsp bawang putih kisar
  • 1 tbsp halia kisar
  • secukupnya air untuk melembutkan dan membasahkan daging
  • sos tiram dan kicap manis secukupnya
  • garam dan serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • segenggam cili api hijau (belah 2)
  • sedikit minyak masak
CARA :

  1. Masukkan daging hiris dan air ke dalam kuali dan rebus hingga daging empuk dan air kering.
  2. Kemudian masukkan minyak masak secukupnya, bahan kisar, garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
  3. Tambahkan air sehingga menutupi daging. Masukkan sos tiram dan juga kicap manis.
  4. Setelah kuah kelihatan agak pekat masukkan bawang dan cili api. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

No comments:

Post a Comment