Assalamualaikum...
pengunjung yang budiman dialu-alukan jika ingin mengambil sebarang ilmu yang dirasakan bermanfaat dari blog ini.Tiada sebarang masalah jika anda ingin meng"copy paste" content ataupun gambar masakan. Sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang boleh dikongsikan dengan orang lain.Jika sudi boleh sertakan link, jika tidak pun tak mengapa.Semoga pahalanya ke mengalir ke tabung akhirat saya. Alhamdulillah.
Saturday, 29 December 2012
Kerabu jantung pisang
BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang (dihiris nipis, rebus bersama asam keping dan sedikit garam. Toskan dan perah kering)
10 batang kacang botor (hiris nipis)
2 tbsp sambal belacan
1/2 cawan pati santan (didihkan sehingga naik wap supaya lambat basi)
3 ekor ikan kembung (bakar tawar dan tumbuk isi)
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
garam dan gula secukup rasa
air asam limau dan sedikit cuka
CARA :
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar dan gaul sehingga rata.
Biarkan sekejap supaya rasanya sebati.
Sedia dihidangkan bersama nasi atau diratah-ratah begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment